Home Ekonomi Kontrak niaga hadapan MSM dijangka naik minggu depan
Ekonomi

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka naik minggu depan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan.

Ia memandangkan prospek output yang lebih lemah pada beberapa minggu akan datang.

Peniaga minyak sawit berpendapat, pedagang akan memantau situasi banjir di Malaysia dan laporan bulanan bekalan serta permintaan minggu depan.

Pasaran menjangkakan output yang lemah bulan ini berikutan keadaan cuaca dan situasi banjir.

Situasi tersebut berkemungkinan menyumbang kepada harga komoditi yang lebih tinggi dan dijangka diniagakan antara RM5,100 dan RM5,250.

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) pula menjangkakan pengeluaran minyak sawit Malaysia turun 10.33 peratus bagi tempoh 1 hingga 30 November 2024.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...