Home Ekonomi Konflik Asia Barat dijangka kekalkan minat terhadap emas
Ekonomi

Konflik Asia Barat dijangka kekalkan minat terhadap emas

Konflik Asia Barat dijangka kekalkan minat terhadap emas

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Aliran minat terhadap kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal pada minggu depan susulan ketegangan di Asia Barat.

Bagaimanapun, sebarang unjuran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) boleh memberi tekanan ke atas harga logam berharga itu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas akan terus mendapat sokongan daripada faktor seperti risiko geopolitik, namun ia sebaliknya berisiko susut apabila berdepan tekanan dolar AS yang kukuh.

“Oleh kerana harga emas dalam dolar AS, sebarang kenaikan mata wang itu boleh menjejaskan emas, apatah lagi jika kenaikan kadar faedah meningkatkan lagi kos pegangan aset seperti emas.

“Berikutan itu, walaupun penurunan harga emas mungkin boleh dijangkakan, kenaikannya dapat dikekang oleh pengukuhan dolar AS,\” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagi membolehkan harga emas terus meningkat, pasaran juga perlu melihat kepada laporan gaji bukan perladangan (NFP) AS pada Jumaat.

Bagaimanapun, laporan Biro Statistik Buruh AS menunjukkan NFP di negara itu meningkat sebanyak 254,000 pada bulan September yang mengatasi jangkaan awal sebanyak 147,000.

“Permintaan untuk dolar AS boleh kekal kukuh, terutama dengan risiko geopolitik yang memacu harga minyak lebih tinggi dan mengekalkan potensi keuntungan daripada emas,” katanya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semasa baharu Oktober 2024 berada pada US$2,669.80 setiap auns troy dan November 2024 pada pada US$2,691.10 setiap auns troy daripada US$2,675.10 pada minggu lepas.

Kontrak Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 ditutup lebih tinggi pada US$2,691.60 daripada US$2,675.10 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 71 lot daripada 117 minggu lepas manakala minat terbuka susut kepada 67 kontrak daripada 71 kontrak sebelum ini.

Pada penetapan harga London Bullion Market Association bagi 3 Oktober, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,647.65 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini
Ekonomi

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini

ERIC TANPETALING JAYA: Catcha Digital Berhad optimis untuk mencatatkan pertumbuhan organik dua...

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...