Home Ekonomi Kompleks ternakan ayam pedaging Felcra pacu industri makanan
Ekonomi

Kompleks ternakan ayam pedaging Felcra pacu industri makanan

Foto Bernama

ROMPIN, 26 Februari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Felcra kini berada di landasan tepat untuk menyokong Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara.

Felcra terus mengorak langkah dalam industri pengeluaran makanan dengan menceburi sektor penghasilan beras, minyak masak, dan terbaharu, ternakan ayam pedaging.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kompleks ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup yang dibangunkan di Tanjung Seratus, di sini bakal menjadi projek perintis untuk memperluas industri ternakan ayam di luar bandar.

“Kompleks ini menghasilkan 1.5 juta ayam pedaging setahun, membantu kestabilan bekalan makanan negara. Felcra juga merancang untuk meneroka bidang ternakan lain seperti lembu dan kambing, selain mengekalkan fokus utama perniagaan mereka,” katanya selepas merasmikan kompleks berkenaan, di sini.

Kompleks yang dibangunkan menerusi peruntukan RM60 juta di bawah Rolling Plan 1, RMK12 itu menggunakan teknologi moden dan amalan penternakan terbaik.

Ia mampu menempatkan 30,000 ekor ayam bagi setiap 10 reban yang dibina, dengan tempoh pembesaran antara 28 hingga 30 hari, lebih cepat berbanding sistem terbuka.

Kompleks ternakan itu bukan sahaja memastikan bekalan makanan lebih stabil dan berpatutan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyambut baik cadangan Felcra untuk menubuhkan Pusat Pemprosesan Minyak Masak di Bidor, menaiktaraf pusat benih padi menggunakan teknologi lestari, serta membina kilang pengampitan beras di Felcra Seberang Perak.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...

Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada...

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik
Ekonomi

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik

PETALING JAYA: UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), anak syarikat milik penuh dan...

Ekonomi

Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 12 Mac – Sistem Akaun Negara 2025...