Home Ekonomi Komentar Malaysia: Ekonomi Berkembang Pesat, Rakyat Makmur
Ekonomi

Komentar Malaysia: Ekonomi Berkembang Pesat, Rakyat Makmur

Komentar Malaysia: Ekonomi Berkembang Pesat, Rakyat Makmur

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin & Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Livevartha) –Prestasi ekonomi Malaysia terutamanya pertumbuhan pesat pada suku kedua yang mengatasi jangkaan bukan sahaja mencerminkan daya tahan ekonominya tetapi turut membuktikan bahawa dasar-dasar yang dikritik sebelum ini mula menampakkan hasil.

Lebih memberangsangkan ialah nilai ringgit yang meningkat, kehematan fiskal melalui kawalan ketat kerajaan terhadap inflasi dan hutang serta pelaburan langsung domestik dan asing yang meningkat telah mendapat sokongan daripada agensi penarafan, yangmengukuhkan sentimen perniagaan dalam pasaran Malaysia.

Sentimen positif ini telah menyebabkan penganalisis mengunjurkan ringgit mengukuh kepada RM4.25 berbanding dolar AS pada akhir 2024 dan berada antara RM4.00 dan RM3.94 pada akhir 2025.

Bagi kebanyakan negara, dasar ekonomi ternyatamengambil masa untuk mendapat manfaatnya, terutama apabila risiko geopolitik mengganggu pertumbuhan.

Namun, bagi Malaysia, ia boleh beralih kepada pertumbuhan yang meningkat dan kemakmuran baharu.

Ini berdasarkan dasar komprehensif yang berpandangan ke hadapan mengenai tenaga bersih dan tenaga boleh baharu, insentif untuk menarik pelaburan dalam semikonduktor serta tahap penggunaan dan pelaburan domestik yang terus baik.

Gabungan ini memberi prospek yang baik kepada rakyat dari segi peningkatan peluang pekerjaan dan pendapatan.

Sentimen pelabur adalah positif melalui aliran masuk asing yang meningkat ke pasaran ekuiti dan bon.

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...