Home Ekonomi Khazanah umum dua pelaburan strategik, sokong teknologi IR4.0 dan PKS
Ekonomi

Khazanah umum dua pelaburan strategik, sokong teknologi IR4.0 dan PKS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 Disember -Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), melalui peruntukan awal RM1 bilion menerusi Dana Impak mengumumkan dua pelaburan strategik untuk memacu pertumbuhan dan inovasi lebih besar dalam sektor teknologi.

Kedua-dua pelaburan itu bertujuan menyokong usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertumpu kepada teknologi IR4.0 seperti penglihatan mesin, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Menerusi satu kenyataan Khazanah mengumumkan, pelaburan dalam Cambrian Fund melalui kerjasama dengan Vitrox Corporation Bhd dan Southern Capital Group .

\”Dana tersebut menyasar untuk mentransformasikan ekosistem semikonduktor dan pengeluaran maju dalam dan luar negara .

\”Membuka peluang pertumbuhan, menggalakkan penyertaan tempatan yang lebih besar dan menyokong usahawan dan PKS yang inovatif untuk berkembang dan bersaing di peringkat serantau,\” jelasPengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir menerusi kenyataan itu.

Cambrian Fund telah mencatatkan penutupan pertama sebanyak RM100 juta dengan Khazanah sebagai satu daripada pelabur utama.

Tambah Amirul Feisal, sektor elektrik dan elektronik Malaysia merupakan penggerak utama ekonomi negara, menyumbang 40 peratus kepada eksport negara pada 2023.

Bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor negara, Khazanah mengumumkan pelaburan dalam Syntiant Corp, sebuah syarikat “edge AI” yang berpusat di Irvine, California.

Komitmen Syntiant untuk menubuhkan pusat R&D AI bertaraf dunia di Malaysia merupakan manfaat strategik utama pelaburan Khazanah yang menggariskan komitmen Khazanah untuk membangunkan ekosistem semikonduktor yang maju di Malaysia.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....