Home Ekonomi Khazanah, PNB laksana langkah penambahbaikan, fokus tatakelola
Ekonomi

Khazanah, PNB laksana langkah penambahbaikan, fokus tatakelola

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) terus melaksanakan langkah penambahbaikan bagi mengelakkan isu ketirisan tatakelola, dengan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam pengurusan kewangan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 melalui Akta 850 turut dipergiat sebagai usaha untuk meningkatkan disiplin fiskal dalam memperkukuhkan kedudukan kewangan negara serta kestabilan makroekonomi.

Jelasnya, berdasarkan pengalaman kerugian yang dialami oleh FashionValet, Khazanah dan PNB kini mengiktiraf pelaburan dalam modal teroka sebagai satu portfolio yang dinilai berdasarkan prestasi keseluruhan portfolio, bukannya pelaburan individu.

“Mengambil iktibar daripada kerugian FashionValet, Khazanah dan PNB terus peka terhadap risiko dalam landskap pelaburan pemula yang dinamik, dan akan memastikan pengurusan risiko yang efektif, dengan prinsip kebertanggungjawaban dalam proses pelaburan melalui penilaian terperinci dan ketekunan wajar (due diligence),” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Noraini Idris di Dewan Negara, di sini.

Tambah Amir Hamzah, langkah-langkah pembaharuan lain turut dilaksana bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan memastikan pelaburan memberi nilai faedah terbaik.

Ini termasuk pengenalan garis panduan mengenai pengurusan dan tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP), penambahbaikan kerjasama awam-swasta (PPP), serta pindaan Akta Audit 1957 dan penggubalan akta baharu.

\”Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLIC) tetap komited untuk terus melabur dalam syarikat tempatan berpotensi tinggi bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat global,\” katanya.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...