Home Ekonomi Khazanah Nasional Selesai Pengambilalihan MAVCAP, Penjana Kapital, Peruntuk Pelaburan RM1 Bilion
Ekonomi

Khazanah Nasional Selesai Pengambilalihan MAVCAP, Penjana Kapital, Peruntuk Pelaburan RM1 Bilion

Khazanah Nasional Selesai Pengambilalihan MAVCAP, Penjana Kapital, Peruntuk Pelaburan RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Julai(Livevartha) –Khazanah Nasional Bhd telah menyelesaikan pengambilalihanMalaysia Venture Capital Management (MAVCAP) dan Penjana Kapital dalam usaha untuk mengukuhkan ekosistem modal teroka Malaysia dan menambah baik institusi awam.

Pengambilalihan tersebutdijangka dapat meningkatkan penyelarasan dan pemusatan sumber kerajaan, memudahkan usahamemajukan ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia serta memperkukuhdaya saing ekosistemnya diperingkat serantau, kata cabang pelaburan negaraitudalam satu kenyataan hari ini.

Susulan pengambilalihan itu, MAVCAP danPenjana Kapital kini merupakan anak syarikat milik sepenuhnya Khazanah.

Selain itu, Khazanah berkata, iaakanmenubuhkannational fund-of-funds (NFOF)dengan peruntukan awal sebanyak RM1 bilion untuk dilabur dalam syarikat pemula niaga yang berinovatif sertamempunyai pertumbuhan tinggi melalui dana modal terokadan ekuiti persendirian.

“Integrasi MAVCAP dan Penjana Kapitalmemberi peluang kepada NFOF untuk meneruskan usaha membangunkan ekosistem melalui asaskukuh yang dibina oleh kedua-dua entiti di samping melaksanakan inisiatif baharu yang bertujuan memperkukuhkanlagi ekosistem modal terokaMalaysia,” kata Pengarah UrusanKhazanah DatukAmirul Feisal Wan Zahir.

Menurutnya, dengan memusatkan dan mengukuhkan platform pelaburan merentas pelbagai agensi pelaburan, Malaysia akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk memastikan kemampanan pembiayaan, menarik modal swasta, menarik firma modal terokaserantau, dan merangsang sektor strategik negara.

“Dalam masa yang sama, penubuhan NFOF ini selari dengan inisiatif Future Malaysia Programme Khazanah yang bertujuan untuk menyokong ekosistem usahawan pemula niaga tempatan, syarikat pemula niaga, modal teroka, dan programteroka korporat melalui kerjasama dengan rakandomestik dan antarabangsa,” katanya.

Amirul Feisal berkata Khazanah yakin dengan gabungan pengalaman dan sumberdaripada MAVCAP dan Penjana Kapital akan meningkatkan akses kepada modal bagi syarikat pemula niaga, memacu inovasi dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Ini seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk ‘meningkatkan siling’ melalui industri yang dipacu oleh inovasi digital dan menyokong syarikat berpertumbuhan tinggi untuk menjadi juara serantau.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...