Home Ekonomi Kewangan Islam negara mempunyai asas kukuh untuk pacu ekonomi sebenar
Ekonomi

Kewangan Islam negara mempunyai asas kukuh untuk pacu ekonomi sebenar

Kewangan Islam negara mempunyai asas kukuh untuk pacu ekonomi sebenar

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam sistem kewangan Islam sejak lebih 40 tahun lalu untuk menjadi pemacu dan memanfaatkan sektor ekonomi sebenar di negara ini.

Ahli Majlis Penasihat Pelaburan Kerajaan Arab Saudi, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, kedua-dua ekonomi sebenar dan ekonomi kewangan diperlukan bagi mendapat manfaat serta pelbagai usaha yang telah dilakukan di dalam negara untuk menarik trend tersebut.

Katanya, sebagai contoh, di beberapa negara atau beberapa wilayah mungkin ada peluang ekonomi yang sebenar, tetapi sistem kewangan mungkin kurang atau juga sebaliknya.

“Dalam kes ini, kini kita berada pada masa di mana kedua-duanya sebenarnya ada dan kemungkinan yang sudah berlaku adalah membawa masuk rakan kongsi.

“Saya fikir itulah sebabnya terdapat minat dalam pusat data, sebagai contoh untuk menangkap pelbagai trend kecerdasan buatan (AI) dan Alhamdulillah untuk Malaysia dan rantau ini,” katanya menjawab soalan Utusan Malaysia dalam rakaman video sempena
Persidangan Pelaburan Dunia (WIC) ke-28 di Riyadh, Arab Saudi.

Beliau berkata, sektor-sektor yang dilihat menarik minat pelabur dalam pembiayaan patuh syariah adalah sektor yang berkembang dengan signifikan secara global, contohnya bidang semikonduktor, peralihan tenaga untuk tenaga boleh diperbaharui, pembuatan dan panel solar.

Tambahnya, ekonomi halal juga tidak dilupakan dengan sistem piawaian dan amalan yang sangat kukuh, bermakna sektor ekonomi sebenar ini boleh ditunjang oleh sistem kewangan.

Sementara itu, Azman berkata, dalam tempoh 40 tahun lalu dari 1983, Malaysia telah menerajui kepimpinan global dalam bidang kewangan Islam dengan penubuhan Bank Islam dan lebih lama lagi dengan penubuhan Lembaga Tabung Haji pada 1953.

“Hari ini, lebih 45 peratus daripada semua pembiayaan dalam sistem perbankan adalah melalui kaedah patuh syariah, iaitu melalui kewangan Islam dan hampir 65 peratus daripada pasaran modal iaitu kira-kira RM4 trilion.

“Sebanyak 65 peratus daripada itu dalam kedua-dua sukuk serta pasaran modal ekuiti adalah di bawah metodologi patut syariah.

“Ini adalah hasil kerja keras telah dilakukan melalui pelbagai agensi kerajaan dan sudah tentu kita harus mengiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) khususnya dan kemudiannya Suruhanjaya Sekuriti (SC). Selain itu, ia juga disokong pelbagai kepimpinan pelbagai seperti pemain industri bank dan penerbit sukuk,” ujarnya.

Beliau berkata, ini hanyalah gelombang pertama dan ke hadapan perlu difikirkan untuk menyelesaikan isu-isu dalam keperluan semasa untuk negara dan dunia.

“Oleh itu, sememangnya terdapat pelaburan, baik dalam kewangan Islam sendiri, bank asing dan juga apabila pelaburan masuk dalam ekonomi sebenar, pelabuhan pertama yang sering digunakan adalah untuk membiayai projek infrastruktur jangka panjang, contohnya melalui produk kewangan Islam,” jelasnya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...