Home Ekonomi Keuntungan bersih Westports naik kepada RM203.74 juta, umum dividen 8.89 sen
Ekonomi

Keuntungan bersih Westports naik kepada RM203.74 juta, umum dividen 8.89 sen

Keuntungan bersih Westports naik kepada RM203.74 juta, umum dividen 8.89 sen

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) –Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd meningkat kepada RM203.74 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM194.76 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Pendapatan bagi tempoh dalam tinjauan naik sebanyak enam peratus kepada RM552.99 juta daripada RM542.64 juta tahun lepas, kata pengendali pelabuhan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan bersih menokok kepada RM408.26 juta berbanding RM378.35 juta bagi separuh pertama tahun kewangan 2024, manakala hasil bertambah kepada RM1.10 bilion daripada RM1.06 bilion.

Westports mengaitkan kecemerlangan prestasinyadengan peningkatan dalam perolehankontena.

Ia juga mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertamasebanyak 8.89 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis2024.

Westports ketika mengulas mengenai unjuran berkata perdagangan intra-Asia terus penting kepadakumpulan,ditambah pula dengan ketegangan yang berterusan di Timur Tengah, yang menjejaskan rantaian bekalan global dan ini secara kumulatif membina kesesakan di pelabuhan kontena serantau.

“Perdagangan serantau intra-Asia menyokong pertumbuhan volum kontena Westports kerana laluan perdagangan ini menyumbang 65 peratus daripada kontena yang dikendalikan.

“Kesesakan pelabuhan serantau yang berterusan dan gangguan rantaian bekalan global boleh muncul sebagai faktor yang akan mempengaruhi volum daya pemprosesan secara menyeluruh. Oleh itu, kami mengekalkan jangkaan berhati-hati terhadap kadar pertumbuhan satu digit yang rendah untuk tahun ini berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Westports memberitahu dalam segmen konvensional, ia mengendalikan kargo pukal berjumlah 5.68 juta tan, yang akan menyokong aktiviti ekonomi domestik memandangkan majoriti daya pemprosesan membabitkan kargo projek, jongkong, gegelung dan kacang soya, antara lain.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...