Home Ekonomi Keuntungan Bersih Suku Kedua Bank Islam Naik Sedikit Kepada RM137.16 Juta
Ekonomi

Keuntungan Bersih Suku Kedua Bank Islam Naik Sedikit Kepada RM137.16 Juta

Keuntungan Bersih Suku Kedua Bank Islam Naik Sedikit Kepada RM137.16 Juta

Datuk Mohd Muazzam Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha)– Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd naiksedikit kepada RM137.16 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024, berbanding RM136.13 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat kepadaRM1.14 bilion daripadaRM1.12 bilion sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2024, Bank Islam mencatatkan keuntungan bersihlebih tinggi sebanyak RM266.33 juta daripada RM254.22 juta pada separuh pertama 2023, didorongoleh pendapatan bersih lebih tinggi dan elaun bersihrendah bagirosot nilaipembiayaan, diimbangi oleh jumlah overhed yang lebih tinggi.

“Prestasi itu diterjemahkan kepada pendapatan sesaham sebanyak 11.75 sen (1H 2024) dan pulangan ekuiti (ROE) tahunan yang lebih baik sebanyak 7.4 peratus,” kata bank itu.

Sementara itu Bank Islam dalam satukenyataanberasingan berkata peningkatan pendapatan bersihnya dipacu terutamanya daripada kenaikan5.8 peratus pendapatan berasaskan dana bersih kepada RM1.07 bilion yang didorong oleh pertumbuhansekuriti pembiayaan dan pelaburan.

Bagi tempoh separuh pertama 2024, margin pendapatan bersih meningkat sembilan mata asas kepada 2.17 peratus berbanding 2.08 peratus pada separuh pertama2023.

“Bagaimanapun, pendapatan bukan berasaskan dana susutsebanyak RM28.9 juta, atau 14.1 peratus, terutamanya disebabkan oleh pendapatan pelaburan yang lebih rendah,” katanya.

Elaun bersih bank bagirosot nilaipembiayaan dan pendahuluan menurun sebanyak 37.3 peratus kepada RM77.5 juta, manakala nisbah kos kredit pembiayaan berada pada0.23 peratus berbanding 0.38 peratus pada separuh pertama 2023.

Nisbah pembiayaan terjejas kasar berada pada 0.92 peratus setakat 30 Jun, 2024, di bawah purata industri pada 1.60 peratus.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...