Home Ekonomi Keuntungan Bersih Mr D.I.Y. Melonjak Kepada RM155.21 Juta
Ekonomi

Keuntungan Bersih Mr D.I.Y. Melonjak Kepada RM155.21 Juta

Keuntungan Bersih Mr D.I.Y. Melonjak Kepada RM155.21 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) — Keuntungan bersih MR D.I.Y. Group (M) Bhd melonjak kepada RM155.21 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM150.32 juta yang dicatatkandalam tempoh yang sama tahun lepas, sejajar dengan hasil serta untung kasar yang lebih baik tetapi diimbangi oleh perbelanjaan operasi lain yang lebih tinggi.

Pendapatan bagi suku semasa meningkat 8.8 peratus kepada RM1.19 bilion daripada RM1.09 bilion,dipacu oleh sumbangan positif daripada kedai baharu, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pada suku tersebut, kumpulan itu telahmembuka 42 cawangan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kedai setakat separuh pertama 2024 kepada 1,340 kedai, yang menandakan penambahan sebanyak 14.7 peratus dari tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Lonjakan dalam hasil ini telah membawa kepada peningkatan tujuh peratus dari tahun ke tahun dalam keuntungan kasar kepada RM544.7 juta. Margin keuntungan kasar bagi suku kedua kekal stabil pada 45.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023, berikutan normalisasi isu rantaian bekalan dan kos pengangkutan,” katanya.

MR.D.I.Y ketika mengulas mengenai prospek berkata kumpulan itu kekal fokus pada peningkatan hasil serta pendapatan secara mampan sambil menyampaikan pertumbuhan dan nilai jangka panjang kepada pihak yang berkepentingan.

Pada suku semasa, kumpulan itu membuat pelaburan strategik dalam rantaian runcit KKV, yang dijangka memberikan pertumbuhan pendapatan masa hadapan dengan menarik pangkalan pelanggan yang lebih luas selain mengembangkan tawaran runcitnya .

“Kumpulan itu juga kekal di landasan untuk membuka sekurang-kurangnya 180 kedai baharu secara strategik serta optimis mengenai prospek pertumbuhannya memandangkan sentimen pengguna dan persekitaran perniagaan yang telah bertambah baik,” katanya.

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 12 sen sesaham biasa, kira-kira RM113.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, yang akan dibayar menjelang 13 Sept 2024.

Dalam kenyataan berasingan, peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia itu berkata kumpulan tersebut bersedia untuk membuat rekod 73.1 peratus nisbah pembayaran dividen bagi suku kedua, sehingga 50.2 peratus dari tahun ke tahun dan hasil suku kedua yang lebih baik.

Related Articles

Ekonomi

​​​​​​​Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 4 November- Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka lebih...

Ekonomi

DOSM terbit laporan KSH 2023, perkenal kalkulator MyPAKW

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir MahidinKUALA LUMPUR, 2 November –...

Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga
Ekonomi

Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga

PETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman dan deposit bank-bank Malaysia dijangka perlahan apabila mereka...

Ekonomi

Niaga hadapan emas melemah berikutan pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...