Home Ekonomi Ketidakpastian dasar Trump terus sokong niaga hadapan emas minggu depan
Ekonomi

Ketidakpastian dasar Trump terus sokong niaga hadapan emas minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan tetapi masih mendapat sokongan yang baik dengan mengambil petunjuk daripada niaga hadapan emas COMEX AS.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dengan ketegangan perang perdagangan yang semakin memuncak dan potensi kelemahan ekonomi yang semakin mendalam memaksa Rizab Persekutuan AS melonggarkan kitaran kadarnya secara lebih agresif, emas sepatutnya mendapat sokongan yang kukuh pada paras semasa.

\”Keadaan ini menunjukkan kemungkinan zon pengukuhan emas antara AS$2,840 dan AS$2,890 pada minggu depan apabila peniaga menyeimbangkan risiko pertumbuhan dengan jangkaan dasar monetari,\” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 susut kepada AS$2,861.0 setiap auns troy daripada AS$2,926.40 setiap auns troy pada akhir minggu lalu, manakala kontrak Mac 2025 jatuh kepada AS$2,867.20 setiap auns troy daripada AS$2,933.30 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 semuanya ditutup lebih rendah kepada AS$2,879.90 setiap auns troy daripada AS$2,943.50 setiap auns troy pada minggu lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 251 lot daripada 289 lot pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 37 kontrak daripada 106 kontrak sebelum ini.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Februari, harga emas fizikal berada pada AS$2,880.80 setiap auns troy. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...