Home Ekonomi Keseimbangan Cukai Dan Insentif Penting Untuk Tangani Pelepasan Karbon Perindustrian
Ekonomi

Keseimbangan Cukai Dan Insentif Penting Untuk Tangani Pelepasan Karbon Perindustrian

Keseimbangan Cukai Dan Insentif Penting Untuk Tangani Pelepasan Karbon Perindustrian

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 19 Ogos(Livevartha) –Kerajaan sedang mengkajiuntukmelaksanakan cukai karbon sebagai dorongankepada syarikat tempatanuntukmengurangkan pelepasan karbon.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannyasedang berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) serta KementerianSumber Asli dan Kelestarian Alamuntuk menentukan bagaimana cukai karbon akan dilaksanakan di Malaysia.

"Malah, perkara ini telahpun dibincangkan dengan Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan dan MOF diberikan garis masa untuk menelitinya.

“Saya rasa MOF memerlukan lebih masa kerana mereka perlu mengkaji (perkara ini) secara holistik," katanya kepadapemberita pada sidang media pengumumanStrategi Pelaburan Hijau,di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan cukai karbon tidak akan dibuat dalam tempoh terdekat kerana persediaan untuk melaksanakannyadijangka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.

Tengku Zafrul berkata demikian sebagai menjawab soalan sejauh mana ketelusan MITI apabila menggunakan pendekatan ‘carrot-and-stick’(insentifdan penalti) bagi menggalakkan pelaburan hijau.

“Sebagai contoh, satu sektor di bawah sektor pembuatan menyumbang hampir 25 peratus daripada pelepasan karbon dan ia merupakan satu-satunya sektor yang terlibat. Jadi apa yang perlu kita lakukan? sudah tentunya kita adapendekatan ‘stick’ (penalti), kita perlu memastikan syarikat-syarikat mematuhinya,” katanya.

Tengku Zafrul berkata pendekatan ituakan lebih mudah dan jelas dari segi insentif fiskal dan bukan fiskal untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada syarikat tempatan.

"Tetapi kita perlu mempunyai kedua-duanya pada masa yang sama, kita tidak boleh hanya ada ‘stick’ (penalti) sahaja tanpa ada ‘carrot’ (insentif)dan begitu juga sebaliknya,” katanyasambil menambah syarikat tempatan tidak dapat bersaing secara sama rata sekiranya cukai karbon tidak dilaksanakan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....