Home Ekonomi Kerjasama PETRONAS-PETROVIETNAM PM3 CAA dilanjut hingga 2047
Ekonomi

Kerjasama PETRONAS-PETROVIETNAM PM3 CAA dilanjut hingga 2047

Foto PETRONAS

HANOI, 11 April – PETRONAS melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) dan Kumpulan Minyak dan Gas Vietnam (PETROVIETNAM) memeterai Perjanjian Prinsip Utama (KPA) bagi melanjutkan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dan Perjanjian Jualan Gas Huluan (UGSA) untuk Kawasan Pengaturan Komersial PM3 (PM3 CAA) selama 20 tahun lagi.

PETRONAS menerusi kenyataan memaklumkan kerjasama itu melibatkan kawasan luar pesisir seluas lebih 2,000 km² yang merentasi sempadan maritim Malaysia-Vietnam dan dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2047.

Majlis menandatangani berlangsung di Hanoi dengan penyertaan Naib Presiden Kanan MPM PETRONAS, Datuk Ir. Bacho Pilong dan Naib Presiden PETROVIETNAM, Le Manh Cuong serta disaksikan Duta Besar Malaysia ke Vietnam, TYT Dato’ Tan Yang Thai.

Naib Presiden Kanan MPM PETRONAS, Datuk Ir. Bacho Pilong berkata PM3 CAA yang dianggarkan mempunyai rizab 60 juta tong bersamaan minyak (MMBoe) memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan tenaga serantau.

“Perjanjian ini memperkukuh komitmen jangka panjang antara PETRONAS dan PETROVIETNAM dalam menjayakan operasi PM3 – dari penerokaan hingga pemonetaan sumber,” ujarnya.

KPA yang dimeterai itu menetapkan kesinambungan PSC dan UGSA sehingga 31 Disember 2047, melibatkan tujuh medan pengeluaran dan membuka potensi tambahan di kawasan PM3 CAA. Kemudahan PSC di kawasan itu juga akan berfungsi sebagai hab strategik bagi menyokong sambungan daripada penemuan baru di sekitarnya.

UGSA untuk pasaran domestik turut disusun semula bagi memastikan pembangunan medan gas masa hadapan kekal berdaya maju dari sudut ekonomi. Perjanjian baharu itu akan memastikan bekalan gas berterusan ke Malaysia melalui Kertih dan ke Vietnam melalui Ca Mau.

PM3 CAA juga dijangka melaksanakan pelan suntikan semula karbon dioksida (CO₂) daripada aktiviti pengeluaran petroleum, menjadikan kawasan tersebut sebagai hab berpotensi bagi penyerapan karbon (CO₂ sequestration), sekali gus menyokong aspirasi sifar bersih karbon kedua-dua negara menjelang 2050.

\”PETRONAS menegaskan komitmennya untuk terus membekalkan minyak dan gas secara mampan demi keselamatan tenaga. MPM akan terus memainkan peranan penting dalam mengurus pengaturan petroleum serta menyelia aktiviti huluan negara,\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

UMW Toyota catat jualan 7,773 unit pada Jun
Ekonomi

UMW Toyota catat jualan 7,773 unit pada Jun

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) mengekalkan prestasi kukuh...

Sentimen pelabur kekal berhati-hati
Ekonomi

Sentimen pelabur kekal berhati-hati

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Pasaran saham menunjukkan pergerakan yang berhati-hati dalam dagangan minggu...

CIMB sasar RM300b pembiayaan lestari menjelang 2030
Ekonomi

CIMB sasar RM300b pembiayaan lestari menjelang 2030

PEMBIAYAAN lestari menjadi tonggak utama pelan hala tuju kelestarian CIMB 2030.PETALING JAYA:...

Baker Hughes, Petronas teroka inisiatif perniagaan sokong peralihan tenaga di Asia
Ekonomi

Baker Hughes, Petronas teroka inisiatif perniagaan sokong peralihan tenaga di Asia

BAKER HUGHESPETALING JAYA: Syarikat teknologi tenaga, Baker Hughes menjalinkan kerjasama dengan Petroliam...