Home Ekonomi Kerjasama Bersama Tesla Bakal Pacu Malaysia Sebagai Hab Utama Teknologi Hijau – Tengku Zafrul
Ekonomi

Kerjasama Bersama Tesla Bakal Pacu Malaysia Sebagai Hab Utama Teknologi Hijau – Tengku Zafrul

Kerjasama Bersama Tesla Bakal Pacu Malaysia Sebagai Hab Utama Teknologi Hijau  – Tengku Zafrul

Kredit: X @@tzafrul_aziz

Kredit: X @@tzafrul_aziz

Kredit: X @@tzafrul_aziz

Kredit: X @@tzafrul_aziz

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Kerjasama bersama pengeluarkenderaan elektrik (EV), Tesladijangka dapatmemacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Menerusiperbincangan dengan delegasi Tesla Malaysia hari ini, beliau berkata syarikat itumenekankan sokongan terhadap ekosistem tempatan dengan melibatkan sembilansyarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV.

Selain itu, syarikat tersebutjuga menjalinkerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan untuk pemindahan ilmu dan pembangunan modal insan.

“Semoga usaha bersama ini terus berkembang, membawa manfaat besar kepada ekonomi, teknologi, dan tenaga lestari negara kita,” katanya menerusi hantaran di laman sosial media beliauselepasmengadakan perbincangan dengan delegasi Tesla Malaysia, hari ini.

Tengku Zafrul berkata perbincangan hari ini memberi fokus kepada kemajuan dan pelaksanaan Skim AP Peneraju Global Battery Electric Vehicle (BEV).

Menurutnya, sehingga akhir Julai 2024, Tesla telah berjaya memasang 52 unit pengecas Supercharger dengan kapasiti 250KW, 54 unit pengecas Wall Connector AC, dan lebih 4,500 unit pengecas rumah di Semenanjung Malaysia.

Menerusipelaburan yang mencecah US$13.5 juta (RM59.06 million), Tesla menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan infrastruktur pengecasan EV di negara kita.

“Kami juga berbincang mengenai potensi besar teknologi penyimpanan tenaga bateri yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan tenaga dan kestabilan grid elektrik Malaysia.

“Teknologi ini berpotensi untuk mengurangkan kos tenaga dan memperkukuhkan infrastruktur tenaga nasional kita,” katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...