Home Ekonomi Kerajaan Teliti Gubal Dasar Teknologi Kuantum, Pacu Daya Tahan Siber – Gobind
Ekonomi

Kerajaan Teliti Gubal Dasar Teknologi Kuantum, Pacu Daya Tahan Siber – Gobind

Kerajaan Teliti Gubal Dasar Teknologi Kuantum, Pacu Daya Tahan Siber – Gobind

Menteri Digital Gobind Singh Deo (lima, kiri) – Kredit: Axiata

PETALING JAYA, 12 Ogos (Livevartha) — Kementerian Digital berhasrat menggubal satu dasar berkaitan teknologi kuantum atau komputer kuantum untuk terus meningkatkan usaha memperkukuh perlindungan data peribadi.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata kementerian akan meneliti aspek data secara menyeluruh untuk meningkatkan daya tahan infrstruktur siber, sekali gus mempersiap Malaysia bagi mendepani teknologi baharu berkenaan.

“Kita akan mengetengahkan sesuatu, diharapkan menjelang akhir tahun ini…perkara itu sedang diusahakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan pemeteraiandua memorandum persefahaman (MoU) antara Axiata Group Bhd, CyberSecurity Malaysia dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membabitkan kerjasama dalam keselamatan siber.

Livevartha menerusi laporannya pada minggu lepas menyatakan teknologi kuantum ini boleh melakukan penyulitan data dalam masa kurang daripada lima minit berbanding komputer biasa yang lazimnya mengambil masa bertahun, bakal menjadi cabaran baharu kepada sektor pertahanansiber negara.

Walaupun teknologi itu berupaya mempercepatkan tempoh pengkomputeran, ia turut berpotensi menyahsulit data-data yang terkandung dalam aplikasi seperti WhatsApp dalam tempoh beberapa minit.

Menjelaskan selanjutnya, sejajar dengan peningkatan ancaman siber di peringkat nasional dan global, Gobind jugaberharap agar Akta Keselamatan Siber yang diwartakan pada 26 Jun lepas, dapat dikuatkuasakan pada bulan ini.

Menurutnya, ini memandangkan akta itu penting bagi membolehkan negara meningkatkan kesediaan dan pertahanan keselamatan siber selain membina daya tahan infrastruktur siber.

“Bagi saya, pada akhirnya, apa yang penting adalah ini memaparkan isyaratjelas, bukan setakat di dalam negara dan serantau, tetapi di peringkatdunia bahawa kita amat serius mengenai keselamatan siber ini,” katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...