Home Ekonomi Kerajaan siasat isu cip AI disekat AS
Ekonomi

Kerajaan siasat isu cip AI disekat AS

Foto Hiasan / Reuters

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Kerajaan sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran undang-undang Malaysia berhubung penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) yang disekat oleh Amerika Syarikat (AS) dari Singapura ke Malaysia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menegaskan Malaysia mematuhi semua peruntukan undang-undang perdagangan yang dipersetujui secara pelbagai hala.

\”Malaysia mempunyai sistem kawal selia yang kukuh dalam memantau serta mengawal eksport dan perantaraan barang strategik di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010,\” menurut kenyataan itu.

MITI turut menegaskan pendirian Malaysia yang menolak sebarang usaha mengelak kawalan eksport atau aktiviti perdagangan haram, selain komited memastikan pelaburan berkaitan teknologi selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Dalam pada itu, kementerian berkenaan akan terus bekerjasama dengan AS dan Singapura bagi menangani isu perdagangan melibatkan cip yang disekat.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura didakwa mengandungi cip AI Nvidia sebelum dihantar ke Malaysia.

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...