Home Ekonomi Kerajaan peruntuk RM4 juta insentif anak pokok koko
Ekonomi

Kerajaan peruntuk RM4 juta insentif anak pokok koko

Kerajaan peruntuk RM4 juta insentif anak pokok koko

JOHARI ABDUL GHANI

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta insentif anak pokok koko untuk kawasan seluas 360 hektar bagi menggalakkan lebih ramai pekebun menyertai industri koko serta memastikan bekalan bahan mentah mencukupi tahun ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menekankan bahawa industri koko mempunyai potensi besar sebagai sektor strategik negara.

“Semua warga Lembaga Koko Malaysia (LKM) perlu bersatu, komited dan menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi masa depan industri koko Malaysia yang lebih cemerlang.

“Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui LKM komited menyokong penuh pembangunan industri koko menerusi pelbagai inisiatif, insentif dan program strategik.

“Dengan usaha berterusan ini, Malaysia akan terus kekal kompetitif dan menjadi antara pemain utama dalam industri koko global,” katanya dalam kenyataan.

Bagi memastikan industri koko terus berkembang, LKM komited untuk meningkatkan pengeluaran biji koko tempatan bagi menghadapi cabaran global.

Melalui Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan 2025 hingga 2029, LKM akan menarik penyertaan pihak estet untuk mengusahakan tanaman koko secara lebih meluas.

Jelasnya, 2024 menyaksikan peningkatan ketara dalam pengeluaran domestik biji koko kering sebanyak 69 peratus kepada 456 tan metrik pada 2024 berbanding 269 tan metrik pada 2023.

“Pertumbuhan ini didorong oleh insentif pertanian serta lonjakan harga koko global yang menggalakkan.

“Lebih membanggakan, purata harga biji koko kering meningkat 141 peratus kepada RM24,274 per tan metrik pada 2024 berbanding RM10,073 per tan metrik pada tahun sebelumnya, memberi manfaat besar kepada pekebun koko tempatan.

“Bagi eksport produk koko dan coklat juga mencatat peningkatan kukuh sebanyak 64 peratus kepada RM13.47 bilion, berbanding RM8.2 bilion pada tahun sebelumnya.

“Dengan strategi promosi yang berkesan, produk koko Malaysia kini berjaya menembusi 205 destinasi pasaran antarabangsa,” ujarnya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi berbanding dolar selepas FOMC cenderung turunkan kadar faedah

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 20 Mac-Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

YTL AI Cloud menjadi penguna awal NVIDIA Blackwell Ultra
Ekonomi

YTL AI Cloud menjadi penguna awal NVIDIA Blackwell Ultra

PETALING JAYA: YTL AI Cloud, anak syarikat milik penuh YTL Power International,...

IOI City Mall jimat RM5.4j juta setahun dengan pemasangan panel solar
Ekonomi

IOI City Mall jimat RM5.4j juta setahun dengan pemasangan panel solar

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: IOI City Mall, pusat beli-belah terbesar di Malaysia di...

Pasaran rumah sewa cecah paras tertinggi lima tahun
Ekonomi

Pasaran rumah sewa cecah paras tertinggi lima tahun

SEWA Kuala Lumpur stabil pada RM2,847 selepas tempoh yang tidak menentu.PETALING JAYA: ...