Home Ekonomi Kerajaan masih dalam perbincangan untuk laksana rasionalisasi RON95
Ekonomi

Kerajaan masih dalam perbincangan untuk laksana rasionalisasi RON95

Kerajaan masih dalam perbincangan untuk laksana rasionalisasi RON95

KERAJAAN masih dalam perbincangan bagi melaksanakan rasionalisasi RON95. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Perbincangan berhubung pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON95 masih berlangsung di peringkat kerajaan, namun tiada keputusan rasmi dibuat, menurut Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussien.

Beliau menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi RON95 memang menjadi tumpuan ramai pelabur, tetapi sehingga kini, belum ada keputusan akhir mengenai waktu dan cara pelaksanaannya.

“Tiada sebarang keputusan rasmi berkenaan parameter yang terlibat. Perbincangan masih giat berjalan di peringkat kerajaan.

“Saya tidak dapat memberikan sebarang petunjuk yang jelas mengenai bagaimana dan bila kita akan memulakan rasionalisasi subsidi petrol (RON95),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan panel bertajuk “Kemampanan Fiskal: Fakta dan Fiksyen” sempena Persidangan Bon dan Sukuk Malaysia yang dianjurkan oleh Malaysian Rating Corporation Bhd. (MARC) secara maya, semalam.

Mengulas mengenai pelaksanaan subsidi bersasar diesel, Nurhisham menjelaskan bahawa ia diterima baik oleh pelbagai pihak, dan kesannya terhadap perniagaan juga masih terkawal.

“Sejak subsidi bersasar diesel dilaksanakan beberapa bulan lalu, tiada kesan yang signifikan terhadap kadar inflasi kerana segmen yang terjejas telah mendapat bantuan.

“Subsidi bersasar diesel ini berjaya membendung aktiviti penyeludupan dan kebocoran diesel di Malaysia.

“Kami mempunyai bukti kukuh bahawa penyeludupan dan kebocoran diesel hampir dihapuskan sepenuhnya,” katanya.

Dalam perbincangan mengenai sasaran defisit fiskal, Nurhisham berkata, kerajaan komited untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam jangka masa sederhana.

“Pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini tidak akan menjejaskan paras defisit, tetapi lebih kepada memastikan pendapatan kerajaan digunakan untuk perbelanjaan yang memberi impak positif kepada rakyat. – UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...