Home Ekonomi Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal
Ekonomi

Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal

Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara, selain terus melabur dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan MADANI telah mewarisi hutang sebanyak RM1.5 trilion, dengan defisit fiskal tahunan berkurangan kepada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, turun daripada 5.6 peratus pada 2022.

“Defisit fiskal tahunan berkurangan secara berperingkat, (bersama-sama dengan) pinjaman, yang mencatatkan RM93 bilion pada 2023, dan (dengan sasaran) RM86 bilion pada tahun ini. Walaupun jumlah ini agak besar, ia masih belum mencukupi,” kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Anwar menegaskan walaupun kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan defisit fiskal dan hutang negara, ia akan terus melabur dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan awam dan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Hutang negara kini berada pada 64 peratus daripada KDNK, dengan kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan angka ini kepada sekurang-kurangnya 60 peratus secara berperingkat.

Sebelum ini, Anwar berkata defisit fiskal telah diturunkan kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 5.6 peratus pada 2022, dengan unjuran penurunan seterusnya kepada 4.3 peratus pada tahun ini. – Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...