Home Ekonomi Kerajaan Laksana Inisiatif Sokong Syarikat Pemula Tempatan – PM Anwar
Ekonomi

Kerajaan Laksana Inisiatif Sokong Syarikat Pemula Tempatan – PM Anwar

Kerajaan Laksana Inisiatif Sokong Syarikat Pemula Tempatan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024, hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (kiri).

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) –Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melaksanakan pelbagai inisiatif dan program untuk menyokong syarikat pemula tempatan dan memupuk persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteriberkata inisiatif itutermasuk kemudahan pembiayaan, khidmat nasihat dan akses pasaran.

Beliau berkata hasilnya, kini Kuala Lumpur antara 30 ekosistem teratas dalam kategori ekosistem membangun dalam Laporan Ekosistem Startup Global (GSER) 2024.

“Menurut Laporan Indeks Inovasi Global(GII) 2023, Malaysia masih mengekalkan kedudukannyapada tangga ke-36 daripada 132 negara dengan peningkatan skor keseluruhan kepada 40.9 berbanding tahun 2022 (38.7).

“Ini sekali gus menjadikan Malaysia negara kedua paling inovatif selepas China dalam kalangan 36 negara berpendapatan menengah tinggi,” kata beliauketika merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia(MCY)2024di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan GSER 2024, ekosistem syarikat pemula diKuala Lumpur telah menjana lebih RM220 bilion (US$47 bilion) dalam nilai ekosistem dari 1 Julai 2021 hingga 31 Dis2023.

Di peringkat ASEAN, Anwar berkata Malaysia kekal berada di tempat kedua melalui inisiatif yang dilaksanakan menerusi MRANTI, khususnya SandboxTeknologi dan Inovasi Negara (NTIS).

Menurut beliau, NTIS telah berjaya mengkomersialkan 32 produk atau penyelesaian dengan penjanaan hasil jualan sebanyak RM88.4 juta, menubuhkan 13 tapak sandbox dan mewujudkan 62 rakan rangkaian pemajuan inovasi, hanya dalam tempoh tiga tahun ia diperkenalkan.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...