Home Ekonomi Kerajaan komited tingkatkan tadbir urus audit negara
Ekonomi

Kerajaan komited tingkatkan tadbir urus audit negara

Kerajaan komited tingkatkan tadbir urus audit negara

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 September – Kerajaan komited untuk meningkatkan standard tadbir urus dengan kerjasama Jabatan Audit Negara yang sedang melaksanakan pelbagai projek transformasi.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata projek transformasi ini menekankan kepentingan pendigitalan, audit berasaskan risiko dan kerjasama tadbir urus yang lebih baik.

“Salah satu langkah penting dalam transformasi ini adalah pindaan baru-baru ini kepada Akta Audit 1957, yang memperluas kuasa pengawasan Ketua Audit Negara.

\”Ini membolehkan penelitian lebih mendalam terhadap perbelanjaan awam dan mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi kerajaan,” katanya dalam ucaptama di Persidangan Kebangsaan Institut Juruaudit Dalaman 2024, di sini.

Tambah Hui Ying, masa depan tadbir urus bergantung kepada kerjasama antara badan kerajaan, organisasi swasta dan audit profesional untuk membina model tadbir urus yang lebih fleksibel, bertanggungjawab serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Related Articles

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama
Ekonomi

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

LEMBAGA Pengarah JPG telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1.00 sen sesaham bagi...

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61...

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu
Ekonomi

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu

TAN SRI RAJA ARSHAD RAJA TUN UDAPETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB)...

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini
Ekonomi

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini

ONN HAFIZ GHAZI – Gambar failKUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor optimis mencatat...