Wednesday , 16 October 2024
Home Ekonomi Kerajaan komited terus usaha tangani kos sara hidup rakyat – Anwar
Ekonomi

Kerajaan komited terus usaha tangani kos sara hidup rakyat – Anwar

Kerajaan komited terus usaha tangani kos sara hidup rakyat – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Penutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) — Kerajaan komited untuk terus berusaha menangani kos sara hidup dalam meringankan beban rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata menerusi pelbagai langkah yang dilaksanakan, kadar inflasi berjaya dikawal pada dua peratus manakala kadar pengangguran stabil pada paras 3.3 peratus.

Malah, sejak kebelakangan ini nilai ringgit juga semakin mengukuh dan pada masa sama pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua tahun inidiunjurkan berkembang pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus, kata beliau.

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,” kata beliau semasa berucap menutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di sini, pada Jumaat.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Timbalannya Datuk R. Ramanan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Anwar berkata kerajaan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terhadap isu kos sara hidup antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada sembilan juta orang dengan jumlah keseluruhan RM10 bilion.

Beliau berkata langkah kerajaan mengkaji semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk menaikkan gaji penjawat awam juga merupakan antara usaha bagi meringankan beban kos sara hidup.

“Bulan Oktober nanti kita akan muktamadkan sistem saraan baharu dengan menaikkan gaji penjawat awam dan harapan kita mereka akan melakukan tugasan dengan lebih cekap.

“Kawalan dan pengawasan juga lebih keras, kerana kenaikan itu bukan kecil. Ia merupakan kenaikan paling tinggi dalam sejarah, lebih 15 peratus,” kata beliau.

Related Articles

Worldwide Stainless beli Bahru Stainless sebanyak RM407j
Ekonomi

Worldwide Stainless beli Bahru Stainless sebanyak RM407j

DANNY Tan (dua dari kiri) pada majlis menandatangani perjanjian jualan saham Bahru...

PKS perlu sokongan teknologi dalam Belanjawan 2025, tingkat produktiviti
Ekonomi

PKS perlu sokongan teknologi dalam Belanjawan 2025, tingkat produktiviti

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu diberi sokongan untuk...

Northeast Group tampil di Pasaran ACE pada 53 sen
Ekonomi

Northeast Group tampil di Pasaran ACE pada 53 sen

LEE Kah Choon (tiga kanan) bersama ahli lembaga pengarah kumpulan semasa majlis...

Kerajaan cadang perkenal kad skor untuk pelaburan, insentif 
Ekonomi

Kerajaan cadang perkenal kad skor untuk pelaburan, insentif 

LIEW Chin Tong (dua kanan) bersama Pengarah Negara Bank Dunia untuk Filipina,...