Home Ekonomi Kerajaan komited terus usaha tangani kos sara hidup rakyat – Anwar
Ekonomi

Kerajaan komited terus usaha tangani kos sara hidup rakyat – Anwar

Kerajaan komited terus usaha tangani kos sara hidup rakyat – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Penutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) — Kerajaan komited untuk terus berusaha menangani kos sara hidup dalam meringankan beban rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata menerusi pelbagai langkah yang dilaksanakan, kadar inflasi berjaya dikawal pada dua peratus manakala kadar pengangguran stabil pada paras 3.3 peratus.

Malah, sejak kebelakangan ini nilai ringgit juga semakin mengukuh dan pada masa sama pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua tahun inidiunjurkan berkembang pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus, kata beliau.

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,” kata beliau semasa berucap menutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di sini, pada Jumaat.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Timbalannya Datuk R. Ramanan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Anwar berkata kerajaan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terhadap isu kos sara hidup antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada sembilan juta orang dengan jumlah keseluruhan RM10 bilion.

Beliau berkata langkah kerajaan mengkaji semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk menaikkan gaji penjawat awam juga merupakan antara usaha bagi meringankan beban kos sara hidup.

“Bulan Oktober nanti kita akan muktamadkan sistem saraan baharu dengan menaikkan gaji penjawat awam dan harapan kita mereka akan melakukan tugasan dengan lebih cekap.

“Kawalan dan pengawasan juga lebih keras, kerana kenaikan itu bukan kecil. Ia merupakan kenaikan paling tinggi dalam sejarah, lebih 15 peratus,” kata beliau.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...