Home Ekonomi Kerajaan jimat RM7.5b setahun dari pelaksanaan subsidi diesel bersasar
Ekonomi

Kerajaan jimat RM7.5b setahun dari pelaksanaan subsidi diesel bersasar

Kerajaan jimat RM7.5b setahun dari pelaksanaan subsidi diesel bersasar

KERAJAAN jangka jana penjimatan sehingga RM7.5 bilion daripada penyasaran subsidi diesel, 80 peratus lebih tinggi berbanding unjuran awal RM4 bilion. – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan penjimatan perbelanjaan sekitar RM7.2 bilion hingga RM7.5 bilion setahun daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tahun lalu, iaitu sekurang-kurangnya 80 peratus lebih tinggi daripada unjuran awal.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jangkaan itu berdasarkan penjimatan bulanan semasa yang dicatatkan iaitu kira-kira RM600 juta sejak pelaksanaannya pada 10 Jun 2024.

“Semasa kami melaksanakan (subsidi diesel), kami menjangkakan akan memperoleh RM4 bilion setahun penjimatan, namun, kini, berjaya mencatatkan RM600 juta sebulan.

“Penjimatan yang dicatatkan lebih tinggi memandangkan pelaksanaan subsidi diesel bersasar untuk mengekang ketirisan yang lebih berkesan daripada jangkaan,” katanya pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di sini semalam.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia dan bakal memberi penjimatan RM4 billion setahun yang akan digunakan untuk faedah rakyat.

Sabah dan Sarawak dikecualikan berikutan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri menggunakan kenderaan diesel.

Pelaksanaan melalui Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) melibatkan 10 jenis pengangkutan awam dan 23 kenderaan pengangkutan barangan akan membendung kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Mengulas mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada pertengahan 2025 pula, pihaknya akan memastikan pelaksanaan secara falsafah sama seperti subsidi diesel bersasar.

“Kami perlu mengambil masa dan tidak menggunakan jalan yang singkat agar tindakan yang akan dilaksanakan berjalan lancar.

“Kami akan memastikan golongan yang memerlukan akan dibantu manakala, golongan yang mempunyai keupayaan akan menikmati harga bahan api mengikut harga pasaran,” katanya.

Oleh itu, jelasnya, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan memperhalusi mekanisme yang sesuai bagi subsidi RON95.

“Kami akan memastikan apa yang akan dilaksanakan berjalan lancar sama seperti diesel,” katanya

Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada Oktober tahun lalu menyaksikan cadangan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025, dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan perkara itu berkata, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...