Home Ekonomi Kenaikan premium insurans perubatan perlu munasabah – Penganalisis
Ekonomi

Kenaikan premium insurans perubatan perlu munasabah – Penganalisis

Kenaikan premium insurans perubatan perlu bersifat munasabah dan tidak membebankan pemegang polisi / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Disember – Kenaikan premium insurans perubatan perlu bersifat munasabah dan tidak membebankan pemegang polisi.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Rosmi Yuhasni Mohamed Yusuf berpandangan cadangan kenaikan premium oleh syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) antara 40 hingga 70 peratus adalah tinggi berbanding kadar inflasi perubatan semasa.

\”Inflasi perubatan kini berada pada kadar 12.1 peratus pada tahun 2024 dan dijangka meningkat kepada 14 peratus pada tahun 2025.

\”Namun, kenaikan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Argentina yang mencatatkan inflasi melebihi 20 peratus, atau negara serantau seperti Thailand, Indonesia, dan Filipina dengan kadar inflasi perubatan lebih tinggi,\” katanya kepada RTM.

Dr. Rosmi turut menegaskan bahawa syarikat insurans dan operator takaful perlu memastikan kadar premium kekal mampu milik kerana insurans perubatan kini menjadi keperluan utama.

Pada Jumaat, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan penyelesaian terhadap isu kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi.

Menurut Fahmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet memaklumkan bahawa bank pusat memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....