Home Ekonomi Kenaikan gaji minimum beri impak positif kepada ekonomi – Penganalisis
Ekonomi

Kenaikan gaji minimum beri impak positif kepada ekonomi – Penganalisis

Kenaikan gaji minimum dan pelarasan gaji penjawat awam dijangka memberi limpahan kesan positif yang lebih besar kepada ekonomi negara berbanding risiko terhadap inflasi / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Kenaikan gaji minimum dan pelarasan gaji penjawat awam dijangka memberi limpahan kesan positif yang lebih besar kepada ekonomi negara berbanding risiko terhadap inflasi.

Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad langkah itu bertujuan mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Peningkatan gaji dapat merancakkan proses jual beli dengan meningkatkan permintaan dan penawaran domestik. Ini seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lebih baik, sekali gus memastikan struktur asas ekonomi kekal mampan sepanjang tahun,” katanya kepada RTM.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kesan kenaikan gaji minimum terhadap ekonomi negara.

Dr. Bashir turut menjelaskan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain, seperti kadar tukaran ringgit dan eksploitasi harga oleh peniaga.

Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan memperkukuh mekanisme kawalan harga, terutama untuk barangan asas, bagi memastikan harga kekal stabil.

“Pemantauan dan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan amat penting untuk mengelakkan harga barang meningkat secara drastik. Ini akan memastikan kadar inflasi negara kekal rendah sekitar 2 peratus, tanpa membebankan rakyat, terutamanya dalam jangka masa pendek,” tambahnya.

Selain itu, peningkatan hasil pengeluaran bahan mentah negara melalui penggunaan teknologi moden dan pekerja mahir mampu menurunkan kos operasi serta menjamin harga barangan yang lebih rendah.

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...