Home Ekonomi Kemudahan Pembuatan Di Johor Bahru Akan Penuhi Permintaan Produk Pam Insulin – Insulet
Ekonomi

Kemudahan Pembuatan Di Johor Bahru Akan Penuhi Permintaan Produk Pam Insulin – Insulet

Kemudahan Pembuatan Di Johor Bahru Akan Penuhi Permintaan Produk Pam Insulin – Insulet

Insulet

JOHOR BAHRU, 14 Ogos (Livevartha) — Kemudahan pembuatan baharu syarikat peranti perubatan, Insulet Corporation (Insulet) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) di Johor Bahru akan meletakkan syarikat itu secara strategik untuk terus mendahului permintaan besar bagi produk pam insulin tanpa tiubnya di bawah jenama Omnipod.

Insulet dalam satu kenyataan hari ini berkata kemudahan berkeluaasan kira-kira 37,161 meter persegi iaitudua kali ganda saiz berbanding kemudahan pembuatan Insulet di Massachusetts, AS akan mengukuhkan keupayaan operasi global dan daya tahan rantaian bekalan syarikat itu.

Kemudahan baharu itu kini menggaji lebih 350 pekerja sepenuh masa dan syarikat berkenaanmerancang untuk mengembangkan tenaga kerja kepada lebih 1,000 pekerja dalam beberapa tahun akan datangsebagai sebahagian daripada pelaburan US$200 juta (US$1=RM4.41) di rantau ini.

“Kemudahan pembuatan tercanggih kami di Malaysia meletakkan Insulet secara strategik untuk terus mendahului permintaan besar untuk Omnipod, memastikan pelanggan kami mempunyai akses tanpa gangguan kepada produk kami dari wilayah berkembang maju ini yang mempunyai pekerja berkemahiran,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Insulet Jim Hollingshead.

Kemudahan pembuatan baharu itu direka bentuk dengan elemen mampan untuk mencapai pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan pensijilan Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar(LEED) yang merupakansebahagian daripada usaha global Insulet untuk meminimumkan kesan alam sekitar di kawasan tempat ia beroperasi.

Tapak seluas hampir 5.26 hektar itumempunyai lebih daripada 5,700 panel solar, menjana kira-kira 15 peratus daripada keperluan kuasa bangunan.

Selain itu, kemudahan itu termasuk sistem penuaian air hujan bawah tanah dengan tiga unit pemerangkapan yang mampu memenuhi 30 peratus daripada keperluan air landskap sekali gus mengurangkan tekanan pada sumber air tempatan.

— Livevartha

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...