Thursday , 30 January 2025
Home Ekonomi Kempen Setia CNY 2025 tawar ganjaran angpao sehingga RM8,888
Ekonomi

Kempen Setia CNY 2025 tawar ganjaran angpao sehingga RM8,888

Kempen Setia CNY 2025 tawar ganjaran angpao sehingga RM8,888

SETIA memperkenalkan kempen Setia Chinese New Year (CNY) 2025 menjelang Tahun Ular dengan pelbagai aktiviti dan tawaran yang menarik.

PETALING JAYA: S P Setia Bhd (Setia) memperkenalkan kempen Setia Chinese New Year (CNY) 2025 menjelang Tahun Ular dengan pelbagai aktiviti dan tawaran yang menarik termasuk menawarkan angpao Rujuk & Ganjaran sehingga RM8,888.

Ketua Pegawai Komersial Setia, Christinne Lim berkata, tema Setia CNY 2025 diilhamkanm oleh perkataan hé, yang merujuk kepada gabungan harmoni manusia, idea, ruang dan detik, semuanya bersatu sebagai satu.

“Untuk menterjemah intipati hé kepada frasa bahasa Cina, kami telah memilih ‘Wàn zhòng hé yī gòng chuàng fú qì’, yang bermaksud ‘Harmoni Bersama, Makmur Bersama’ sebagai slogan kami,” katanya dalam kenyataan.

Pengurus Besar Penjenamaan dan Pemasaran Kumpulan Setia, Adelene Wong bersetuju, sambil menambah bahwa kemakmuran mempunyai makna sebenar apabila ia berkembang dengan keharmonian dan Tahun Baharu Cina adalah kesempatan terbaik untuk menghormati dan meraikan nilai ini.

“Di Setia, kami percaya bahawa untuk kemakmuran adalah faktor utama untuk berkembang maju, keharmonian mesti bermula di ruang tempat kami tinggal, belajar, bekerja dan bermain bersama.” ujarnya.

Setia berkata, seiring dengan kempen yang sedang berlangsung, Setia akan menganjurkan rumah terbuka CNY yang menghiburkan di seluruh galeri jualannya di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah dari 11 Januari hingga 16 Februari 2025.

Katanya, senarai itu termasuk Galeri Jualan Setia Tropika pada Januari 18 and January 19; Pusat Selamat Datang Setia @ Aeropod pada 6 Februari; Galeri Gaya Hidup Setia Eco Glades, Pusat Selamat Datang Bandar Kinrara, Setia AlamImpian LakePoint Gallerie, D’Network @Setia Eco Park dan Setia Experience Centre @ Setia Fontaines pada 8 Februari dan Galeri Jualan Setia Eco Templer pada 9 Februari.

“Ini akan diikuti oleh Pusat Selamat Datang Setia Warisan Tropika, Pusat Antarabangsa Setia @ KL Eco City, Pusat Selamat Datang Setia Alamsari dan Galeri Jualan Setia Alam, Pusat Selamat Datang Temasya Glenmarie, Pusat Selamat Datang Setia Bayuemas dan Galeri Jualan TRIO pada 15 Februari serta Pusat Selamat Datang Setia EcoHill pada 16 Februari 2025.

“Rumah terbuka ini akan menawarkan banyak peluang bergambar yang menyeronokkan, bengkel membuat tanglung yang menyeronokkan, tawaran hartanah eksklusif, lawatan galeri peribadi dengan pasukan jualan Setia yang mesra dan lebih banyak hadiah untuk dimenangi,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Setia menawarkan angpao Rujuk & Ganjaran sehingga RM8,888, yang berlangsung sehingga 28 Februari 2025.

Tambahnya, perujuk pembeli Setia baharu akan menerima RM8,888 apabila rujukan berjaya ke hartanah Setia dan mereka boleh mendaftarkan rujukan mereka sekarang melalui aplikasi Setia Go! di https://spsetia.com/en-us/setiago

Sementara itu, Setia menyediakan permainan perayaannya Scratch-Off CNY Blessings Game melalui https://ooopenlab.cc/quiz/SetiaCNY2025Blessings.

Semasa musim perayaan ini, Setia telah memperkenalkan lagu CNY ikoniknya sendiri yang dipanggil Ān Jū Lè Yè, yang boleh didapati di Spotify dan video muzik dengan bakat #TeamSetia di YouTube.

Kumpulan itu juga menampilkan kertas dinding mudah alih Setia CNY 2025, pelekat WhatsApp dengan maskot Eco eco yang bertenaga, ZipZap Prosperity Game dan banyak lagi.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ketidakstabilan pasaran akibat Deepseek dijangka sementara – Penganalisis

Foto Hiasan / AFPKUALA LUMPUR, 29 Januari – Ketidakstabilan pasaran susulan kemunculan...

Ekonomi

SSM lancar kemudahan akses maklumat pemunyaan benefisial

Foto FailKUALA LUMPUR, 29 Januari– Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses...

Perdagangan catat RM257.9 bilion pada Disember 2024
Ekonomi

Perdagangan catat RM257.9 bilion pada Disember 2024

MALAYSIA mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM257.9 bilion pada Disember 2024.PETALING JAYA: Malaysia...

microLEAP terus memperkasa PMKS dengan pembiayaan Sarana
Ekonomi

microLEAP terus memperkasa PMKS dengan pembiayaan Sarana

TUNKU DANNY NASAIFUDDIN MUDZAFFARPETALING JAYA: microLEAP, satu daripada sembilan platform pembiayaan Peer-to-Peer...