Home Ekonomi Kemasik Marketing Sasar Jual Minyak Masak Sofea Bernilai RM500,000 Sebulan
Ekonomi

Kemasik Marketing Sasar Jual Minyak Masak Sofea Bernilai RM500,000 Sebulan

Kemasik Marketing Sasar Jual Minyak Masak Sofea Bernilai RM500,000 Sebulan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Salbiah Mohamed (tengah) memperkenalkan minyak masak jenama Sofea pada majlis pelancarannya hari ini.

Turut sama Pengarah Kemasik Oil Marketing Sdn Bhd, Amirul Haizi Othman (dua, kiri).

Pengarah Kemasik Oil Marketing Sdn Bhd, Amirul Haizi Othman menunjukkan minyak masak jenama Sofea keluaran bumiputera.

IPOH, 30 Julai (Livevartha) –Kemasik Marketing Sdn Bhd menyasarmeraihnilai jualan sebanyak RM500,000 sebulan daripadaproduk keluaran terbaharunyaminyak masak tempatan yang menggunakan jenama Sofea.

Pengarahnya, Amirul Haizi Othman berkata sasaran itu boleh dicapai kerana syarikat tersebut berupaya menghasilkan kira-kira 120 tan metrikminyak masak setiap bulan.

Beliau berkata sebagai permulaan, minyak masak botol seberat duadan limakilogram berkenaan dijual di sekitar Perak sahaja bermula bulan inisebelum menyasarkan pasaranke seluruh negara.

"Kita telah memperoleh pensijilan halal dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Pada masa kini, kita giat melaksanakan pelbagai promosi di peringkat daerahdengan menyasarkanpasar pagi danpasar tani untuk memperkenalkan produk minyak masak tersebutkepada orang ramai.

"Sebelum minyak masak ini dijual di pasaran, iaturut digunakan oleh pengusaha restoran terkenal di sekitar Perak sejak tiga bulan lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian produk berkenaan yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Salbiah Mohamed di sini, hari ini.

Amirul Haizi berkata,minyak masak itu diperbuat daripada olein sawityangditapis,diluntur dan dinyahbau(RBD) berkualiti tinggi selain mempunyai vitamin E dan tiada kolestrol, menjadikannyamediummenggoreng dan memasak yang terbaik dalam industri makanan.

Sementara itu, Salbiah dalam ucapannya berkata usahawan di negeri ini boleh mendapatkanbantuan dari segi khidmat nasihat, bantuanpembiayaan dan latihan keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

"Bantuan berbentuk geran sertapinjaman mudah tanpa faedah diberikan bertujuan meringankan beban syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)," katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...