Home Ekonomi Kemas kini AANZFTA perkukuh daya saing Malaysia dalam pasaran serantau
Ekonomi

Kemas kini AANZFTA perkukuh daya saing Malaysia dalam pasaran serantau

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 April- Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) yang dikemas kini mampu mengukuhkan daya saing Malaysia dalam pasaran serantau yang semakin mencabar.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan memaklumkan pengenalan protokol kedua dijangka mengurangkan kos transaksi, menyokong pendigitalan perdagangan, serta meningkatkan ketahanan rantaian bekalan.

\”Merangkumi gabungan keluaran dalam negara kasar melebihi AS$5.6 trilion serta populasi lebih 700 juta, turut membuka peluang baharu dalam perdagangan dan pelaburan mampan.

\”Bab-bab baharu turut diperkenalkan, termasuk pembangunan mampan, sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana, serta pemerolehan kerajaan,\” menurut kenyataan itu.

Sejak berkuat kuasa pada 2010, AANZFTA menjadi antara tonggak utama strategi perdagangan serantau Malaysia.

Nilai eksport ke negara terlibat, meningkat dua kali ganda, daripada RM5.8 bilion kepada RM12.9 bilion antara 2016 hingga 2023.

Pada masa sama MITI akan terus bekerjasama rapat dengan pihak industri, untuk memastikan sektor perniagaan meraih manfaat maksimum daripada perjanjian yang dikemaskini.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...