Home Ekonomi Kelonggaran Pelaksanaan E-Invois Selama Enam Bulan Bermula 1 Ogos – LHDN
Ekonomi

Kelonggaran Pelaksanaan E-Invois Selama Enam Bulan Bermula 1 Ogos – LHDN

Kelonggaran Pelaksanaan E-Invois Selama Enam Bulan Bermula 1 Ogos – LHDN

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin ketika sidang media khas berkenaan pelaksanaan e-invois, di Menara Hasil, hari ini.

CYBERJAYA, 26 Julai (Livevartha) –Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripadatarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini, kata Ketua Pegawai EksekutifLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Beliau berkatakelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalanlancar.

“Kelonggarandiberikan kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan bagi semua transaksi.

“Menerusi kelonggaran itu, LHDN membenarkan semua aktiviti atau industri untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan termasuk e-Invois bil kendiri,” katanya pada sidang media khas mengenai pelaksanaan e-Invois di sini hari ini.

Abu Tariq berkataLHDNmembenarkan apa-apa diskripsi transaksi dimasukkan di medan “Keterangan Produk atau Perkhidmatan,” dan jika terdapatpermohonan e-Invois daripada pembeli, penjual turut dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan tanpa mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi.

Beliau berkata dalam tempoh enam bulam, tiada tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidakpatuhan peraturan e-Invois dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan.

“Tempoh kelonggaran yang diberikan ini diharap memberi ruang masa yang mencukupi kepada pembayar cukai untuk memastikan pelaksanaan e-Invois sepenuhnya yang lebih efektif.Ia meliputi kesemua aspek seperti ketersediaan sistem, kelancaran operasi perniagaan dan pengurusan perubahan dalam perniagaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan mengiktiraf pembayar cukai yang berjaya melaksanakan e-Invois mengikut garis masa yang ditetapkan dengan memberikan pengurangan tempoh tuntutan elaun modal daripada tiga tahun kepada dua tahun.

Katanyapengurangan tempoh tuntutan elaun modal itu akan diberikan bagi pembelian peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dan pakej perisian komputer berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024 hingga 2025.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...