Home Ekonomi KDNK suku ketiga diunjur lebih perlahan pada 5.1 peratus
Ekonomi

KDNK suku ketiga diunjur lebih perlahan pada 5.1 peratus

KDNK suku ketiga diunjur lebih perlahan pada 5.1 peratus

KDNK suku keempat Malaysia berkembang pada 5.0 peratus. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku ketiga 2024 dijangka sedikit perlahan kepada 5.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, berbanding anggaran awal 5.3 peratus, AmBank Group Economic Research (AmBank).

Firma penyelidikan itu berkata, setelah mengambil kira data statistik terkini, angka terbaharu menunjukkan sedikit perbezaan daripada anggaran awal kami yang mencatatkan 5.0 peratus. 

“Ini menyokong pandangan kami sebelum ini bahawa angka pertumbuhan untuk suku ketiga 2024 ini masih berada sekitar paras 5.0 peratus selepas mencapai puncak pertumbuhannya pada suku sebelumnya, dengan kesan asas yang rendah yang semakin pudar.

“Sekiranya unjuran ini menjadi kenyataan, pertumbuhan Malaysia untuk sembilan bulan pertama tahun ini dijangka berada pada 5.1 peratus yang masih berada di landasan untuk mencapai julat unjuran rasmi pertumbuhan penuh tahun ini antara 4.8 hingga 5.3 peratus, seperti yang telah dinaikkan dalam pengumuman Belanjawan 2025 bulan lalu. 

“Kami berpendapat bahawa pertumbuhan dinamik ini disokong oleh penggunaan isi rumah yang kukuh, ditambah dengan pasaran buruh yang stabil, terbukti melalui penurunan kadar pengangguran kepada 3.2 peratus, iaitu paras yang setara dengan sebelum pandemik, selaras dengan ramalan kami untuk penghujung tahun ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Ambank berkata, dari segi penawaran, sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu utama momentum ekonomi pada suku ketiga 2024. 

“Namun, unjuran kami menunjukkan sedikit pengurangan kepada 5.2 peratus berbanding tahun sebelumnya , berbanding dengan pertumbuhan 5.9 peratus pada suku kedua 2024. Kami percaya penurunan ini disebabkan oleh kekurangan perbelanjaan musim perayaan.

“Walau bagaimanapun, sektor pembuatan menunjukkan peningkatan yang lebih cepat pada suku ketiga 2024, 5.8 peratus berbanding suku kedua 2024, 4.7 peratus yang disokong oleh pengeluaran yang stabil dalam segmen eksport. Ini kemungkinan besar mendapat manfaat daripada langkah persediaan inventori sebelum kemungkinan tarif dari Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Jelas firma penyelidikan itu, pihaknya meramalkan bahawa pertumbuhan KDNK pada suku keempat 2024 akan mengalami moderasi lebih lanjut berikutan cabaran yang timbul akibat ketidakpastian dalam perkembangan global, yang boleh menjejaskan sentimen pengguna dan perniagaan. 

“Walau bagaimanapun, unjuran KDNK 2024 kami kekal pada 4.9 peratus, yang kami anggap sebagai sasaran yang munasabah dan sejajar dengan anggaran rasmi yang telah dikeluarkan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...