Home Ekonomi KDNK diunjur kekal kukuh 5 peratus pada 2025
Ekonomi

KDNK diunjur kekal kukuh 5 peratus pada 2025

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur kekal kukuh sekitar 5 peratus pada tahun 2025 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur kekal kukuh sekitar 5 peratus pada tahun 2025, didorong oleh momentum pertumbuhan yang stabil sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MARC Ratings Berhad, Rajan Paramesran berkata unjuran tersebut lebih tinggi berbanding purata pertumbuhan 4.2 peratus yang direkodkan sehingga tahun 2022.

“Unjuran kami menunjukkan pertumbuhan KDNK kekal sekitar 5 peratus tahun depan. Dari segi kadar faedah, kami menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan pada 3 peratus,” katanya semasa pembentangan laporan Tinjauan Kredit Ekonomi dan Korporat MARC 2025 secara maya.

Dalam laporan tersebut, MARC turut menyatakan bahawa pinjaman bank dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 5.5 peratus pada 2025, disokong oleh pemulihan ekonomi yang berterusan serta permintaan kredit yang meningkat.

Sementara itu, pasaran sukuk dijangka terus berkembang, dengan anggaran penerbitan bernilai RM70 bilion tahun depan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....