Home Ekonomi Kaji Pelbagai Kaedah Teknologi Saf Untuk Lonjak pengeluaran – Pakar
Ekonomi

Kaji Pelbagai Kaedah Teknologi Saf Untuk Lonjak pengeluaran – Pakar

Kaji Pelbagai Kaedah Teknologi Saf Untuk Lonjak pengeluaran – Pakar

Kredit: Bioeconomy Corp

Kredit: Bioeconomy Corp

Kredit: Bioeconomy Corp

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Malaysia perlu menjalankan kajian ekonomi yang menyeluruh untuk menilai kriteria kelestarian, ketersediaan komersial, dan kesiapan teknologi bagi pelbagai kaedah teknologi berpotensi untuk melonjakkan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF), kata pakar.

Presiden Konfederasi Industri Biojisim Malaysia Datuk Leong Kin Mun berkata pembangunan SAF di Malaysia menawarkan peluang besar untuk memanfaatkan biojisim sawit negara yang berlebihan, minyak sawit mentah (MSM) dan minyak sawit sisa.

Beliau berkata setiap tahun, Malaysia menghasilkan kira-kira 95 juta tan biojisim sawit kering, 18 juta tan MSM dan minyak sawit sisa, dengan kesemuanya diperakui sebagai bahan api yang layak untuk Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).

“Bahan mentah ini boleh dibangunkan melalui laluan (kaedah) teknologi antaranya gasifikasi FischerTropsch, ester dan asid lemak yang diproses hidro, dan alkohol ke jet,” katanya dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) hari ini.

Menurut kenyataan bersama itu, perkara tersebut disampaikan oleh Leong dalam forum anjuran Bioeconomy Corp baru-baru ini yang bertujuan membincangkan dasar kerajaan, prospek pasaran, kemajuan, dan penyelesaian inovatif dalam industri SAF.

Lebih 100 pihak berkepentingan daripada sektor awam, termasuk pembuat dasar, pengawal selia, pengeluar SAF, pemain ekosistem, institusi akademik, dan orang ramai menyertai forum itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Mosti Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan berkata kementerian melalui Bioeconomy Corp akan terus memudah cara dan mencapai kerjasama tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya ia bertujuan mempercepat tindakan dan inovasi dalam industri di samping meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai penyedia SAF di rantau ini.

Beliau berkata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik memaklumkan rantau ini berkemampuan untuk menghasilkan sehingga 500 juta tan SAF menjelang 2050.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...