Home Ekonomi Kadar pengangguran rendah cermin keteguhan pasaran buruh
Ekonomi

Kadar pengangguran rendah cermin keteguhan pasaran buruh

Kadar pengangguran yang rendah pada Disember 2024 mencerminkan keteguhan pasaran buruh Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 11 Februari – Kadar pengangguran yang rendah pada Disember 2024 mencerminkan keteguhan pasaran buruh negara dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata kadar tersebut kekal stabil walaupun terdapat sedikit penyederhanaan dalam pertumbuhan pekerjaan dan tenaga buruh.

\”Walaupun ketidaktentuan luaran serta pelbagai faktor domestik boleh mempengaruhi sentimen pengambilan pekerja, inisiatif kerajaan terus menyokong ekonomi dan kestabilan pasaran buruh,\” katanya kepada RTM.

Menurut beliau, beberapa faktor utama membantu mengekalkan permintaan tenaga kerja, termasuk inisiatif kerajaan di bawah rangka kerja MADANI, dasar fiskal mengembang serta peranan Malaysia dalam aktiviti perdagangan di Asia Tenggara.

\”Selain itu, peningkatan dalam kategori pekerjaan sendiri dan juga majikan turut memberi sumbangan kepada kestabilan kadar pengangguran,\” tambah Mohd Sedek.

Dalam laporan terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran Malaysia bagi Disember 2024 mencatatkan paras terendah dalam tempoh sembilan tahun, iaitu 3.1 peratus.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...