Home Ekonomi Kadar pengangguran kekal 3.2 peratus – DOSM
Ekonomi

Kadar pengangguran kekal 3.2 peratus – DOSM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Disember– Kadar pengangguran kekal pada 3.2 peratus, setakat Oktober 2024.

Kenyataan Jabatan Perangkaan memaklumkan bilangan penganggur susut kepada 551,400 orang berbanding 555,300 bulan sebelumnya.

\”Bilangan tenaga buruh berada dalam trend peningkatan, naik 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.27 juta orang manakala kadar penyertaan tenaga buruh bagi bulan sama, kekal pada 70.5 peratus.

Bilangan penduduk bekerja pula meningkat 0.2 peratus kepada 16.72 juta orang daripada 16.69 juta orang pada september 2024,\” kata kenyataan itu.

Secara keseluruhan, prestasi pasaran buruh negara menunjukkan trend peningkatan konsisten, selari kadar penyertaan tenaga buruh yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan.

Senario itu dijangka terus meningkatkan permintaan terhadap pekerjaan, seterusnya menstabilkan ekonomi dan membawa kepada pewujudan peluang pekerjaan baharu.

Ini juga impak daripada pelbagai program dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan untuk mendorong pasaran buruh agar lebih berdaya saing dan produktif.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...