Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 April– Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM34.37 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.51 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik iaitu bernilai RM3.0 bilion untuk tujuh hari, RM1.5 bilion bagi 30 hari dan RM1.0 bilion untuk 91 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM39.9 bilion dan tender semalaman murabahah RM17.5 bilion.- Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...