Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjur stabil disokong operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjur stabil disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjur stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM43.07 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM17.77 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion bagi tempoh 31 hari serta tender repo berbalik semalaman Islam bernilai RM1.0 bilion untuk sehari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.6 bilion dan tender Murabahah semalaman sebanyak RM18.8 bilion. -Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...