Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh, disokong operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh, disokong operasi BNM

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM14.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM31.74 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.1 bilion bagi tujuh hari dan tender RM1.7 bilion untuk 33 hari.

BNM juga melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM480 ​​juta bagi tujuh hari serta tender repo berbalik semalaman RM8 bilion untuk sehari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM26.8 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM32.2 bilion.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit meningkat susulan dolar AS susut disebabkan bimbang mengenai tarif

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 5 Mac – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Setia, PDC bekerjasama bangun 141.64 hektar tanah di Setia Fontaines
Ekonomi

Setia, PDC bekerjasama bangun 141.64 hektar tanah di Setia Fontaines

CHOONG Kai Wai (tiga dari kiri) bersama Menteri Besar Pulau Pinang, Chow...

Paramount Property sasar jualan RM1.5b tahun ini
Ekonomi

Paramount Property sasar jualan RM1.5b tahun ini

JEFFREY Chew Sun Teong semasa pembentangan pelabur dan media bagi Keputusan Tahun...

Johor Port, JPU tandatangani perjanjian perkhidmatan baharu kali ke-7
Ekonomi

Johor Port, JPU tandatangani perjanjian perkhidmatan baharu kali ke-7

MD Derick Basir (kanan) bersama Pengerusi Johor Port, Tan Sri Che Khalib...