Home Ekonomi Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada hari ini susulan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM25.01 bilion daripada RM18.93 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai bagi dana Islam bertambah kepada RM29.80 bilion daripada RM26.24 bilion, sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat itu melaksanakan masing-masing tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik semalaman bernilai RM8 bilion untuk tempoh sehari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM25.0 bilion dan satu tender pasaran wang murabahah RM29.80 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.

Selain itu, BNM menyemak semula tender semalaman murabahah kepada RM29.8 bilion daripada RM26.6 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 27 Februari 2025. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...