Home Ekonomi Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Januari– Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM29.91 bilion daripada RM21.13 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM24.41 bilion daripada RM25.99 bilion sebelum itu.

Awal hari ini, bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman.

Selain itu, bank pusat itu mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM29.90 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM24.40 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.

Setakat 10 Januari, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....