Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Disember – Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.86 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM22.37 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik masing-masing bernilai RM1.8 bilion selama tujuh hari, RM1.5 bilion selama 32 hari dan RM1.0 bilion untuk 90 hari.

BNM juga menawarkan tender repo berbalik semalaman RM200 juta untuk sehari.

Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM34.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM22.7 bilion.-Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....