Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 September– Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan repo berbalik Islam.

Lebihan tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.90 bilion daripada RM26.95 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM25.50 bilion daripada RM24.94 bilion.

Setakat 12 Sept, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. – Livevartha

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...