Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil – BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil – BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil – BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Oktober– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.98 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM17.91 bilion.

Hari ini, bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi RM1.5 bilion selama 31 hari dan RM1 bilion untuk 93 hari.

BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik Islam sebanyak RM100 juta untuk 31 hari dan RM200 juta selama 92 hari serta tender repo semalaman RM2 bilion untuk satu hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.5 bilion dan RM18.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...