Home Ekonomi Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.80 bilion daripada RM29.59 bilion pada sesi pagi, manakala dana mudah tunai Islam menurun kepada RM18.60 bilion daripada RM18.89 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat itu menawarkan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jualan dan beli semula serta kemudahan komoditi murabahah bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran kewangan konvensional berni;ai RM31.80 bilion dan tender pasaran kewangan murabahah bernilai RM18.60 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang satu hari.

Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 13 November. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...