Home Ekonomi Jun Lim Juara Pertandingan Reka Bentuk Flora Terkemuka Singapura
Ekonomi

Jun Lim Juara Pertandingan Reka Bentuk Flora Terkemuka Singapura

Jun Lim Juara Pertandingan Reka Bentuk Flora Terkemuka Singapura

Kredit : Singapore Garden Festival

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 8 Ogos (Livevartha) — Pereka flora Malaysia, Jun Lim memenangi hadiah utama dalam Pertandingan Reka Bentuk Flora Piala FDSS Antarabangsa ke-13, iaitu pertandingan reka bentuk flora terkemuka di Singapura yang menampilkan bakat-bakat terbaik antarabangsa, pada Rabu.

Lim, 37, menyertai pertandingan itu sejak 2010 dan hanya terlepas edisi 2016 kerana cuti bersalin, akhirnya meraih tempat teratas selepas menduduki tempat ketiga pada 2014, 2018 dan 2022.

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura itu dianjurkan oleh Persatuan Pereka Flora (Singapura) (FDSS) bersempena dengan Festival Taman Singapura (SGF) 2024 yang menampilkan 19 peserta dari sembilan negara termasuk Korea Selatan, Hong Kong dan Macau.

“Pameran tahun ini mengenakan piawaian yang sangat tinggi dan menjadikan kemenangan ini lebih bermakna.

"Saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana reka bentuk flora adalah satu bentuk seni yang boleh dilihat secara berbeza oleh panel penilai setiap tahun," katanya dalam kenyataan bersama oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan SGF.

Lim menerima wang tunai berjumlah S$1,000 (S$1=RM3.38), trofi dan sijil.

Peserta dari Korea Selatan, Yun Junseo dan Kim Hyojeong, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, dengan Yun membawa pulang S$800 dan Kim S$600.

Seorang lagi peserta dari Malaysia, Junna Teh Tzy Ting, menerima Anugerah Merit, bersama Cao Xue dari China dan Law Choon Poh dari Singapura.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...