Home Ekonomi Jualan Proton Pada Julai Melonjak 37.3 Peratus, Tertinggi Sejak Sept 2022
Ekonomi

Jualan Proton Pada Julai Melonjak 37.3 Peratus, Tertinggi Sejak Sept 2022

Jualan Proton Pada Julai Melonjak 37.3 Peratus, Tertinggi Sejak Sept 2022

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Livevartha) –Proton Holdings Bhd (Proton) menjual15,103 unit kereta pada Julai, mencatatkan peningkatanjualan sebanyak37.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, angka tertinggi sejak September 2022 bagi pasaran domestik dan eksport.

Ketua Pegawai EksekutifProton EdarRoslan Abdullah berkata Julai menjadi bulan jualan terbaik untuk Protonpada2024 setakat ini, menetapkan arah bagi separuh kedua tahun 2024 yang produktif.

"Banyak rancangan yang sedang dirangka akan dilaksanakan dalam bulan-bulan akan datang, dimulakan dengan pelancaran Proton X70 2025 pada bulan Ogos.

"Pada masa yang sama, kerja asas untuk pelancaran model EV pertama Protonjuga sedang dijalankan dengan pantas sebagai persediaan untuk pelancaran EV pertama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Proton jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) adalah sebanyak 88,799 unit.

"Jumlah volum industri (TIV) untuk bulan itu dianggarkan sebanyak 73,761 unit, meningkat sebanyak 27.1 peratusberbanding bulan sebelumnya, manakala bahagian pasaran Proton pada Julaimeningkat kepada 20.5 peratus," katanya.

Pengeluar kereta nasional itu berkataProton Saga menerajui pertumbuhan jualan bagi Julai.

"Sebanyak 7,855 unit terjual pada Julai, yang merupakan pencapaian terbaik untuk model tersebut sejak Oktober 2013. Ini membawa jumlah jualan YTD untuk Saga kepada 42,693 unit, yang merupakan 8.8 peratuslebih tinggi daripada jualan pada2023 dan menetapkannya untuk tahun jualan yang cemerlang.

"Proton X50 mencatatkan jualan terbaiknya dalam tahun ini dengan sebanyak 2,585 unit terjual pada Julai,menjadikan jumlah jualan YTD kepada 12,789 unit. Sementara itu,Proton Persona juga mencatatkan jualan terbaiknya pada 2024dengan 1,911 unit terjual, menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 11,664 unit," katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...