Home Ekonomi Jualan Perdagangan Borong & Runcit Melonjak 5.4 Peratus Kepada RM146 Bilion Pada Jun 2024 – Perangkaan
Ekonomi

Jualan Perdagangan Borong & Runcit Melonjak 5.4 Peratus Kepada RM146 Bilion Pada Jun 2024 – Perangkaan

Jualan Perdagangan Borong & Runcit Melonjak 5.4 Peratus Kepada RM146 Bilion Pada Jun 2024 – Perangkaan

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) –Perdagangan borong dan runcit Malaysia berkembang 5.4 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024, mencatatkan jualan RM146.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua PerangkawanDatuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan itudipacu oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat 7.9 peratus kepada RM64.1 bilion.

Perdagangan borong juga bertumbuh 4.0 peratus untuk mencatatkan RM64.9 bilion, diikuti oleh kenderaan bermotor dengan peningkatan 2.0 peratus untuk mencapai RM17.0 bilion, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi perbandingan bulanan, perdagangan borong danruncit turun 1.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, disebabkan oleh kenderaan bermotor yang menurun 9.4 peratus," katanya.

Berkenaan prestasi suku kedua 2024, Mohd Uzir berkata perdagangan borong danruncit naik 6.4 peratusdidorong oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat 7.4 peratus kepada RM191.8 bilion.

"Ini diikuti perdagangan borong yang tumbuh 4.5 peratus untuk mencatatkan RM193.8 bilion.Subsektor kenderaan bermotor juga merekodkan pertumbuhan positif dengan 9.9 peratus untuk mencapai RM53.1 bilion," katanya.

Beliau berkataindeks jualan runcit melalui internet tumbuh 4.8 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024 berbanding 5.2 peratus pada Mei 2024.

Dalam satu kenyataan berasingan, Mohd Uzir berkata indeks volum perdagangan borong dan runcit bagi suku kedua 2024 mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus tahun ke tahun untuk mencapai 155.4 mata.

Peningkatan itudisumbangkan oleh subsektor kenderaan bermotor yang tumbuh 9.0 peratus kepada 132.0 mata,diikuti oleh perdagangan runcit dan perdagangan borong yang meningkat masing-masing 5.5 peratus dan3.1 peratus.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...