Home Ekonomi Jualan kenderaan lepasi 800,000 unit buat pertama kali pada 2024
Ekonomi

Jualan kenderaan lepasi 800,000 unit buat pertama kali pada 2024

Jualan kenderaan lepasi 800,000 unit buat pertama kali pada 2024

Mohd. Shamsor Mohd. Zain

KUALA LUMPUR: Industri automotif Malaysia mencipta satu lagi rekod baharu apabila jumlah keseluruhan industri (TIV) melepasi angka 800,000 unit buat pertama kali dalam sejarah tahun lalu.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd. Shamsor Mohd. Zain berkata, prestasi cemerlang yang dicatatkan industri automotif tempatan sepanjang tahun lalu disokong faktor ekonomi negara yang berkembang pesat kepada 5.2 peratus bagi tempoh tiga suku pertama 2024.

Mohd.Shamsor menjelaskan, Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3.0 peratus sejak Mei 2023, menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pinjaman kenderaan.

“Pencapaian TIV yang luar biasa ini tidak mungkin dicapai tanpa keadaan sosio-politik yang jauh lebih stabil serta pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk merangsang ekonomi negara, membawa kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang lebih tinggi.

“Keadaan yang menggalakkan ini sangat penting untuk industri automotif kerana ia membolehkan rakyat Malaysia lebih optimistik terhadap ekonomi dan lebih bersedia untuk berbelanja termasuk membeli kenderaan,” katanya pada taklimat media pencapaian industri automotif Malaysia 2024 di sini.

Dalam pada itu, MAA mendedahkan TIV sepanjang 2024 meningkat 2.1 peratus kepada 816,747 unit, menjangkaui angka tertinggi yang dicatatkan tahun sebelumnya iaitu 799,821 unit.

Bagi tahun dikaji, segmen pasaran kenderaan penumpang merekodkan lonjak ketara kepada 747,180 unit, berbanding 719,145 unit yang dicatatkan pada 2023, mengimbangi penurunan jualan dalam segmen kenderaan komersial kepada 69,567 unit daripada 80,676 unit tahun sebelumnya.

Mohd. Shamsor berkata, pasaran pekerjaan yang positif dengan kadar pengangguran mencapai tahap terendah kepada 3.2 peratus turut memberi momentum positif kepada pasaran kenderaan di Malaysia.

“Industri automotif tempatan turut menerima suntikan daripada jumlah pesanan tertunggak yang tinggi, terutamanya dalam segmen A yang menyumbang kepada peningkatan bahagian jenama nasional sehingga 62 peratus daripada TIV.

“Pelancaran model baharu yang berjaya dengan ciri-ciri menarik dan teknologi terkini yang diterima baik oleh pasaran, sekali gus memacu tahap permintaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsor berkata, jumlah pendaftaran kenderaan penumpang baharu pada 2024 meningkat 3.9 peratus atau 28,035 unit kepada 747,180 unit berbanding 719,145 unit pada 2023.

Tambah beliau, peningkatan jumlah pendaftaran didorong terutamanya oleh prestasi jualan yang kukuh oleh jenama nasional, terutamanya Perusahaan Otomobil Kedua Sdn.Bhd. (Perodua).

Mohd. Shamsor berkata, bahagian pasaran gabungan jenama nasional dalam segmen kenderaan penumpang meningkat kepada 67.7 peratus atau 505,689 unit berbanding 66.9 peratus atau 481,300 unit pada 2023.

“Untuk jenama bukan nasional mencatatkan jumlah jualan yang lebih rendah iaitu 311,058 unit, penurunan sebanyak 2.3 peratus berbanding 318,521 unit pada 2023,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...